Nama Anggota CC MCA Letak Jawatan Tidak Didedah

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng enggan mendedahkan senarai nama anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang telah atau tidak menghantar surat peletakan jawatan selepas tarikh akhir mereka berbuat demikian semalam.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan dalam usaha parti itu untuk menyelesaikan krisisnya.

"Sebaliknya urusetia ibu pejabat MCA atau saya sendiri akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Khas Pemilihan Semula Parti yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," katanya.

Pada 15 Disember lalu, Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 lagi pemimpin parti telah menghantar surat meletak jawatan sebagai anggota CC yang tidak bertarikh kepada Wong.

Sekurang-kurangnya 21 daripada 30 anggota CC perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula parti diadakan.

Antara yang telah menghantar surat bersama Liow ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, anggota veteran CC, Datuk Wong Mook Leong dan Naib Presiden Tan Kok Hong.

Beberapa anggota biasa CC turut menghantar surat tanpa tarikh iaitu Lee Wei Kiat, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Senator Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Senator Datuk Alex Wong Siong Hwee.

Wong berkata, jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin dan membuat keputusan tentang sebarang langkah seterusnya yang boleh diambil untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang ada. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan