Najib: Malaysia Komited Pertahan Nilai-Nilai Semua Agama

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia cukup komited mempertahankan nilai-nilai sebenar semua agama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurut beliau, agama mengajar semua supaya bersikap toleran, prihatin dan hormat menghormati terhadap kepercayaan dan amalan pihak-pihak lain.

"Dalam masyarakat kita berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai yang menyatukan kita bersama.

"Kita terikat oleh matlamat bersama kita sebagai 1Malaysia. Kita terikat oleh warisan bersama kita. Kita terikat oleh keperluan kita untuk bergerak maju sebagai sebuah negara bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Gereja St Thomas di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Perdana Menteri berkata, kehadiran Idris di majlis itu membuktikan komitmen kuat kerajaan Barisan Nasional terhadap kebebasan anutan agama yang telah diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaan negara.

Menurutnya, beliau gembira mendapati rakyat memberi respon terhadap pelbagai inisiatif yang diperkenal kerajaan demi menyediakan masa depan lebih baik untuk generasi sekarang dan akan datang.

"Kempen kita 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' bukan setakat slogan. Ia komitmen untuk bertindak," tegas beliau.

Perayaan agama kini menjadi lebih bermakna untuk memberi fokus kepada membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat, kata Najib sambil menggesa rakyat menyumbang dengan murah hati.

Beliau berkata, kerajaan telah mengenalpasti semua golongan miskin tegar di seluruh negara dan akan melipatgandakan usaha membantu setiap rakyat keluar dari kitaran kemiskinan.

"Kita akan bawa pembangunan ekonomi yang cepat kepada semua kaum tanpa mengira asal etnik mereka, agama, budaya atau lokasi geografi mereka," katanya.

Antara yang hadir di majlis itu ialah ketua utama Gereja Mar Thoma Syria Reverend Dr Joseph Mar Thoma, dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan