Lorong Kiri Lebuhraya PLUS Di KM272.8 Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lorong kiri di KM272.8 lebuhraya Plus arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, ditutup sementara.

Pengurus Komunikasi Korporat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Iskandar Dzulkifli berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 10 nyawa apabila sebuah bas dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kawasan itu awal pagi ini.

Katanya, keadaan trafik yang sesak teruk berhampiran kawasan kemalangan sudah terkawal sejak jam 8 pagi tadi.

"Bas yang terlibat dalam kemalangan itu telah pun dialihkan. Bagaimanapun lorong sebelah kiri menghala ke utara masih ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Ia akan dibuka semula setelah semuanya selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iskandar berkata, pekerja Plus sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih pembahagi jalan yang rosak teruk akibat rempuhan bas terbabit dan berharap pengguna lebuh raya sentiasa bersabar serta berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, jurucakap di bilik gerakan lalu lintas Plus berkata, sebelum kemalangan, lebuh raya di kawasan itu berkeadaan baik dan keadaan trafik adalah terkawal.

Dalam kejadian pada jam 1 pagi itu, sepuluh penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Bas ekspres terbabit berlepas dari Klang, Selangor pada jam 9 malam semalam menuju ke Kangar dengan membawa 48 penumpang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan