Jangan Siasat Saya Sahaja - Dr. Mahathir

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu siasatan turut dijalankan ke atas kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menerima bayaran sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sepanjang lima tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, siasatan itu perlu menjurus kepada ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan sedangkan yang digembar-gemburkan hanyalah 'koridor kosong' di sana-sini.

"Lima tahun rejim Tun Abdullah menerima sebanyak RM270 bilion daripada Petronas sedangkan dalam tempoh 22 tahun saya memerintah, syarikat minyak itu membayar sebanyak RM126 bilion," tegasnya dalam blog popular beliau, Che Det di sini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mencabar kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dakwaan bahawa beliau 'menghilangkan' RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya seperti yang didakwa dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang ramai berhak mengetahui bagaimana wang sebanyak itu digunakan oleh kerajaan Tun Abdullah termasuk projek-projek yang telah dibiayai dengannya.

Beliau mempersoalkan tindakan meminjam dana daripada China bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Saya tahu banyak usaha dilakukan untuk menyiasat sama ada saya ada menyalahgunakan wang kerajaan tetapi tidak berjaya lalu dibuhkan Surujanjaya Diraja dan menuduh saya dipengaruhi pihak tertentu dalam pelantikan hakim-hakim," jelas beliau.

Beliau menegaskan mempunyai hak untuk membersihkan namanya termasuk Tun Abdullah juga dengan cara kerajaan perlu membuka semua ruang siasatan tanpa melindungi sesiapa atau apa-apa sekalipun.

"Kerajaan telah berjanji mahu telus dan mereka perlu membuktikan janjinya itu," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, dalam buku karangan Wain yang menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'penyeleweng', Dr. Mahathir mengakui kerajaannya ada kehilangan wang tetapi bukan seperti yang didakwa.

Kata beliau, pada ketika itu kerajaan mungkin kehilangan kira-kira RM10 bilion melibatkan kes seperti pembelian timah daripada spekulator di pasaran dunia, tindakan Bank Negara memperdagangkan mata wang asing - kerajaan bertindak memberhentikan urus niaga itu - dan kerugian oleh Bank Bumiputera di Hong Kong.

"Saya tak fikir jumlah itu lebih RM10 bilion, jika kita hilang RM100 bilion maka kerajaan memang dalam masalah yang sangat besar," katanya lagi.

Tambah beliau, terdapat tahun-tahun tertentu pertumbuhan ekonomi negara amat teruk tetapi kerajaan tidak pernah gagal memenuhi komitmen kewangannya termasuk melunaskan hutang.

Pembangunan banyak projek, katanya lagi, sememangnya memerlukan wang yang banyak dan tetapi kesemuanya dapat dinikmati oleh rakyat termasuk projek Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur (KL), Lapangan Terbang Antrabangsa KL, Pelabuhan Utara dan Barat di Klang, komuter, Transit Aliran Ringan dan monorel.

Selain itu, tambahnya, rangakaian lebuh raya, tren elektrik dan landasan berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Langkawi, Proton, Modenas, loji pembuatan cip Silterra dan lain-lain.

"Jadi saya tak fikir Barry Wain merujuk kepada projek-projek itu ekoran dakwaan kehilangan RM100 bilion itu," ujar beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan