APFT Bakal Tawar Program Lesen Kepelbagaian Juruterbang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pusat latihan juruterbang swasta, Asia Pacific Flight Training (APFT) bakal memperkenalkan program latihan untuk Lesen Latihan Kepelbagaian Juruterbang (MPL) dalam usaha menjadikan pusat itu sebagai hab latihan juruterbang di Asia.

Pengerusi APFT, Datuk Faruk Othman berkata, pusat itu sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi tujuan itu.

"Pelatih yang memiliki kelulusan MPL itu kelak boleh terus bertugas sebagai pembantu juruterbang pertama atau pembantu juruterbang kedua," katanya.

Melalui program latihan MPL, Faruk berkata pelatih akan menggunakan simulator kelas D, iaitu simulator untuk pesawat berkuasa besar seperti jet dan boeing.

"Sekarang ini kita hanya ada simulator untuk pesawat kecil seperti pesawat Cessna," katanya.

Beliau berkata, APFT juga sedang mengadakan perbincangan bagi kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan bagi membolehkan separuh latihan MPL itu kelak dijalankan di pesawat syarikat penerbangan terbabit.

APFT merupakan akademi latihan penerbangan menawarkan kursus untuk lesen juruterbang komersial peringkat diploma di akademinya terletak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini.

Sehingga kini, APFT terpilih untuk melatih juruterbang kadet bagi beberapa syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines (MAS), Nepal Airlines dan syarikat penerbangan Indonesia, Garuda.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu pakej galakan cukai yang komprehensif bagi industri aeroangkasa dalam usaha menjadikan negara sebagai pusat global bagi industri tersebut di rantau Asia Pasifik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan