Angkasawan Negara Pilih Tarikh 10/10/10 Tamat Zaman Bujang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin pada 10 Oktober tahun depan.

"Insya-Allah, jika semua berjalan lancar, saya akan berkahwin pada 10 Oktober 2010," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat motivasi kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam satu program anjuran Kolej Perubatan Sains Perubatan (ACMS) di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan kepada pihak media bahawa majlis pertunangannya dengan Dr Halina Yusof, yang bertugas sebagai doktor bius di Hospital Selayang akan berlangsung pada 1 Januari depan.

Majlis pertunangan itu akan diadakan di Hotel Allson Kelana, Seremban, Negeri Sembilan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan