10 Pasangan Saudara Baru Bersanding Beramai-Ramai

Diterbitkan: Sabtu, 26 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Datuk Uzair Tengku Zainon Rashid Shah (berdiri dua, kiri) dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Langat Md Razali Hassanusi (berdiri empat, kiri) beramah mesra dengan pasangan pengantin pada Majlis Walimatul Urus Semurni Kasih anjuran Mais. -- fotoBERNAMA
Raja Datuk Uzair Tengku Zainon Rashid Shah (berdiri dua, kiri) dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Langat Md Razali Hassanusi (berdiri empat, kiri) beramah mesra dengan pasangan pengantin pada Majlis Walimatul Urus Semurni Kasih anjuran Mais. -- fotoBERNAMA

BANTING: Seramai 10 pasangan saudara baru dari daerah Kuala Langat diraikan dalam satu persandingan beramai-ramai di sini hari ini.

Mereka terdiri daripada enam pasangan Orang Asli, dua pasangan Kemboja, satu pasangan Cina dan satu pasangan India yang berumur antara 15 hingga 43 tahun.

Sebelum majlis persandingan dimulakan, dua pasangan dari kaum Orang Asli Jamaludin Awang dan Siti Rubayah Abdullah serta Muhammad Firdaus Ribut dan Noradila Abdullah dinikahkan di hadapan kira-kira 100 orang jemputan.

Majlis persandingan itu yang diadakan di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat di Jugra dekat sini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat, Raja Datuk Uzair Tengku Zainon Rashid Shah.

Selain disandingkan beramai-ramai di atas pentas, mereka juga makan bersama pasangan masing-masing dalam acara makan beradat.

Muhammad Nurul Iman Abdullah, 26, berbangsa India dan pasangannya Norliza Abdul Latif, 25, berkata, mereka berasa bertuah kerana hari persandingan mereka jatuh pada hari lahir Norliza.

Muhammad, yang merupakan seorang pemandu lori memeluk Islam dua tahun lepas dan menikahi Norliza pada 3 November tahun ini.

Bagi pasangan Mohd Farez Johari, 22, dan isterinya Ema Zyra Abdullah, 22, (Orang Asli) mereka merasa gembira kerana berpeluang bersanding secara berama-ramai bersama saudara-saudara baru yang lain.

Mohd Farez, pemandu lori, berkata, beliau mengenali Ema sejak dari bangku sekolah lagi dan mengakhiri persahabatan mereka dengan ikatan perkahwinan pada Ogos lepas.

Sementara itu, pasangan berbangsa Kemboja, Rashid Abdullah, 25 dan Umi Kalsom Abdullah berkata, mereka merasa terharu dengan kehadiran para jemputan yang meraikan mereka dan juga mereka yang sudi menaja majlis pada hari ini.

Pada majlis itu, sepuluh pasangan berkenaan menerima hadiah perkahwinan berbentuk barangan sebagai persediaan menempuhi alam rumah tangga. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan