Penghantar Cepat Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori DBKL - Berita Semasa | mStar

Penghantar Cepat Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori DBKL

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar cepat maut apabila motosikalnya merempuh belakang lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika kesesakan jalan raya di Jalan Pahang di hadapan Hospital Tawakal di sini petang ini.

Mohd Firdaus Dauri, 25, yang bekerja di syarikat Naza Kia Kampung Baru mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.25 petang apabila Mohd Firdaus yang dari arah Setapak menghala ke Bulatan Pahang dipercayai menunggang laju hingga hilang kawalan dan merempuh belakang lori DBKL.

"Pemandu lori, Md Shah Osman, 41 tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan