MAMPU Sedia Khidmat Pelan Strategik ICT Dengan Bayaran 25 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan agensi-agensinya hanya perlu membayar 25 peratus daripada kos untuk membangunkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) apabila menggunakan khidmat pasukan perunding ICT Sektor Awam (PPICT) yang disediakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Urusan (MAMPU).

Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Normah Md Yusof berkata, berbanding menggunakan khidmat konsultan ICT swasta yang boleh mencecah sehingga RM500,000 untuk setiap projek, perkhidmatan yang disediakan agensi itu hanya melibatkan kos kira-kira RM100,000.

"Ia bersesuaian dengan matlamat kerajaan yang mahu mengiktiraf lebih ramai pakar ICT dalam sektor awam untuk mengurangkan kebergantungan terhadap konsultan swasta," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Strategik ICT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Menurut Normah selain Jawi, Lembaga Pelabuhan Johor, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri serta pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah mendapatkan khidmat MAMPU.

"MAMPU juga sedang membangunkan projek untuk pejabat Perdana Menteri, Perpustakaan Negara Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara yang dijangka selesai pada akhir Januari depan," katanya.

Beliau berkata, PPICT yang diketuai Dr Zahari Othman telah diwujudkan pada 1 Disember tahun lepas dan bertanggungjawab untuk memberikan khidmat perundingan antaranya perancangan strategik, pengurusan projek, pembangunan sistem serta pangkalan data.

Mengenai Pelan Strategik ICT Jawi, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, ia selaras dengan saranan pihak kerajaan supaya setiap agensi kerajaan menyediakan pelan itu bagi menyokong visi ICT sektor awam.

"Projek ini memakan masa selama enam bulan. Ia sebagai langkah awal ke arah memastikan maklumat mengenai pentadbiran dan operasi hal ehwal agama peringkat Wilayah Persekutuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan," katanya.

Che Mat berkata, antara aplikasi yang dibangunkan Jawi adalah E-Munakahat yang menguruskan mengenai pendaftaran perkahwinan, cerai dan rujuk serta E-Hidayah yang digunakan untuk pendaftaran maklumat saudara baru. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan