Kerajaan Terengganu Peruntukkan RM10 Juta Bantu Pesakit Kronik

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan khas RM10 juta tahun depan bagi membantu anak negeri yang mengidap masalah penyakit kronik seperti jantung berlubang, kanser dan masalah saraf dalam meringankan beban mereka untuk mendapatkan rawatan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, orang ramai yang menghadapi masalah berkaitan penyakit itu diminta menghubungi Pejabat Menteri Besar bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan.

"Kerajaan negeri berharap penyediaan peruntukan itu dapat membantu usaha meringankan beban mereka yang terbabit," katanya ketika ditemui semasa melawat keluarga Amran Abu Bakar, 43, di sini hari ini.

Anak Amran, Nurzahirah, 10, mengalami penyakit saraf manakala adiknya Ainul Hayat, 8, yang mengalami sindrom down sejak dilahirkan juga mengalami penyakit jantung berlubang.

Ahmad berkata, Nurzahirah yang kini hanya mampu terlantar akan dirujuk kepada pakar dan kerajaan negeri juga bersedia membantu untuk membiayai kos pembedahan Ainul Hayat di Institut Jantung Negara (IJN) tidak lama lagi.

Katanya, baru-baru ini tujuh daripada 20 pelajar Terengganu yang mengalami masalah penglihatan, menjalani pembedahan mata di Hospital Mata Tun Hussein Onn dengan kos rawatan ditanggung oleh kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan