Anifah Lakukan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi - Berita Semasa | mStar

Anifah Lakukan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Arab Saudi pada Sabtu dan Ahad ini untuk meningkatkan serta memantapkan lagi tahap hubungan dua hala.

Lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Putera Saud Al-Faisal Abdul Aziz Al-Saud, menurut kenyataan Wisma Putra semalam.

Anifah dijadual menghadap Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud dan bertemu Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud.

Beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan Putera Saud Al-Faisal, Menteri Kewangan Ibrahim Abdel-Aziz al-Assaf dan Ketua Setiausaha Majlis Kerjasama Negara Teluk Abdul Rahman Hamad Al-Attiyah.

"Lawatan ini akan memberi peluang kepada Menteri Luar untuk meningkatkan lagi tahap hubungan persahabatan yang sudah sedia terjalin serta memantapkan lagi persefahaman yang wujud di antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Lawatan ini juga dijangka mengukuhkan lagi hubungan akrab di antara kedua-dua negara terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan dan kewangan Islam," kata Wisma Putra.

Ia juga akan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam isu-isu berkepentingan di peringkat antarabangsa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan