TUDM: Pemberhentian Brigadier Jeneral Dan Anggota Lain Sebelum Kehilangan Enjin Jet

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menjelaskan, tindakan memberhentikan kerja yang diambil ke atas seorang Brigadier Jeneral dan beberapa anggota lain dilakukan sebelum kejadian kehilangan dua buah enjin jet pesawat pejuang F-5E diketahui berlaku.

Pada masa yang sama, menurut Pejabat Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan dan pendakwaan berkaitan kes kehilangan enjin-enjin jet terbabit.

"TUDM berharap agar semua pihak dapat menunggu maklumbalas daripada Pejabat Peguam Negara sebelum memberikan sebarang komen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, tindakan yang diambil terhadap pihak terbabit adalah lebih berkaitan dengan ketidakcekapan dan prestasi kerja.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut adalah langkah-langkah biasa yang dilaksanakan untuk mencegah daripada berulangnya perkara yang tidak diingini.

TUDM berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan pelbagai pihak.

Pesawat pejuang F-5E mula memasuki perkhidmatan TUDM pada tahun 1974. Pada tahun 1999, TUDM membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat itu.

Peranannya sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Walaupun usianya menjangkau 29 tahun di dalam inventori TUDM, pesawat itu telah diaktifkan semula pada tahun 2003 sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan