Kadar kematian Pemandu, Penumpang Kereta Di Kuala Lumpur Meningkat - Berita Semasa | mStar

Kadar kematian Pemandu, Penumpang Kereta Di Kuala Lumpur Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Heeza Hassan (kanan) memakaikan topi keledar dan melekatkan pelekat peringatan 'Salah Kalau Tak Ikat Kemas' kepada salah seorang penunggang motosikal pada Pogram Advokasi Keselamatan Jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah JKJR Pulau Pinang, Jegan R. Subramaniam (kiri). Sebanyak 120 buah topi keledar diagihkan kepada para penunggang motosikal bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya serta meningkatkan kesedaran ketika berada di jalan raya. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya di ibu kota meningkat 38 peratus dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur sempena kempen Program Advokasi Keselamatan Jalanraya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini, 47 pemandu dan penumpang maut maut dalam tempoh itu tahun ini berbanding 34 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik itu, sepanjang tahun lepas 42 pemandu dan penumpang kereta maut dalam kemalangan di ibukota.

Bagaimanapun kadar kemalangan jalan raya dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini pula turun 4.6 peratus, dengan jumlah kemalangan maut turun 4.2 peratus, manakala kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal 5.8 peratus.

Pengarah JKJR Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan ketika ditemui sekitar kawasan kempen itu di sini hari ini berkata, walaupun perangkaan kemalangan dan kematian keseluruhan menunjukkan penurunan, pihaknya tetap meneruskan kempen dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai tahap keselamatan jalan raya yang perlu diberi perhatian.

Kempen yang berlangsung selama dua jam di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan cawangan trafik Polis Diraja Malaysia.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan 29 saman pelbagai kesalahan trafik seperti cukai jalan tamat tempoh dan gagal mempamerkan lesen memandu dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya semasa kempen berlangsung. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan