APMM Selatan Selamatkan Kru Bot Tunda

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sebuah bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan yang sedang meronda menyelamatkan seorang kru bot tunda yang terjatuh ke laut ketika di dalam pelayaran semalam.

Menurut Pengarah Operasi Maritim APMM Wilayah Operasi, Kapten Maritim Mohd Zubil Mat Som, bot Kilat 12 agensi itu menemui mangsa, seorang warga asing terapung di perairan tengara Tanjung Piai pada 8.30 pagi.

"Mangsa, seorang warga Indonesia dipercayai berada di atas dek bot tunda yang bernama YB Nelly 32 itu sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam laut," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Tedy Selindeho, 32, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kembali ke bot tunda itu sejurus selepas diselamatkan.

Mohd Zubil berkata, bot tunda itu sedang di dalam perjalanan daripada Kemboja menuju Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan