Anifah Lakukan Lawatan Razmi Ke Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Arab Saudi pada Sabtu dan Ahad ini untuk meningkatkan serta memantapkan lagi tahap hubungan dua hala.

Lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Putera Saud Al-Faisal Abdul Aziz Al-Saud, menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.

Anifah dijadual menghadap Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud dan bertemu Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud.

Beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan Putera Saud Al-Faisal, Menteri Kewangan Ibrahim Abdel-Aziz al-Assaf dan Ketua Setiausaha Majlis Kerjasama Negara Teluk Abdul Rahman Hamad Al-Attiyah.

"Lawatan ini akan memberi peluang kepada Menteri Luar untuk meningkatkan lagi tahap hubungan persahabatan yang sudah sedia terjalin serta memantapkan lagi persefahaman yang wujud di antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Lawatan ini juga dijangka mengukuhkan lagi hubungan akrab di antara kedua-dua negara terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan dan kewangan Islam," kata Wisma Putra.

Ia juga akan mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam isu-isu berkepentingan di peringkat antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan