Anak Nik Aziz Bersuara Lagi...Dan Terus Membalun Pimpinan PAS

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak perempuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Amalina semalam terus mempertahankan suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dengan mengkritik para pemimpin PAS yang beliau anggap bersuara tidak kena pada tempatnya.

Dengan menggunakan tajuk "Kerana Saya Anak Nik Abdul Aziz" Nik Amalina yang menggunakan nama pena Serisuri menulis dalam laman blog pribadinya menyeru para pemimpin PAS jangan sekadar melihat sebelah mata bahawa beliau hanya mempertahankan suaminya.

Sebaliknya beliau mahu mereka membuka mata seluas-luasnya, kerana politik itu licik dan hanya yang bijak sahaja mampu merubah segalanya.

"Kenapa harus Tok Guru saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan (PAS). Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu, buktikan dengan tindakan. Jangan hanya bersuara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu Kerajaan Islam hari ini," tegasnya.

Nik Amalina beranggapan, tidak ramai pemimpin PAS yang bangun mempertahankan keluarganya dan juga Nik Aziz dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah krisis dalaman keluarga.

"Saya menulis bukan sekadar kerana saya tahu menulis. Tetapi ombak kecil kadang-kadang perlu juga untuk membawa kesedaran. Asasnya, saya hanyalah mahu memberikan sedikit perjernihan keatas isu suami saya dan tentunya keluarga saya.

"(Tetapi) Tidak kelihatan sebarang petunjuk daripada pimpinan yang mahukan suasana itu menjadi kendur pada waktu itu, malah sehingga kinipun fitnah itu masih liar menjalar.

"Inilah sepatutnya yang diberi perhatian. Bukannya sebaris ayat dalam artikel saya. Tiada niat untuk saya menyerang, tapi ada benarnya jika saya mengambil sedikit rasa di jiwa ini untuk menerang. Jangan diulangi pendirian yang sama andai di lain masa ada pula fitnah baru tercipta," tulisnya.

Beliau juga berkata, sepatutnya mana-mana empunya diri yang terfitnah itu dipanggil untuk membela diri, bukan hanya mendapat maklumat yang kiranya ia masih lagi boleh dipertikaikan.

Malah beliau mahu mereka yang didakwanya sebagai penyebar fitnah ke atas suami dan juga keluarganya tidak dibiarkan bebas.

"Berbuatlah sesuatu agar fitnah itu tidak terus menjadi bebanan kepada jemaah. Ada pimpinan mengatakan ini urusan keluarga, biarlah Tok Guru menyelesaikannya. Saya terfikir, bijakkah kenyataannya itu?

Sambil merujuk kenyataan itu kepada seorang ahli yang berhormat yang beliau tidak namakan di dalam tulisannya itu, Nik Amalina terus menulis;

"Ini urusan kerajaan, YB. GLC adalah Kerajaan dan Tok Guru juga adalah Kerajaan. Jika ia urusan keluarga, sepatutnya bila saya ‘bangun’, jangan pula ada yang melatah. Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat? Jangan hanya pandai bercakap sepatutnya begitu, sepatutnya begini, tapi bertindaklah. Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak. Gunapakai semua mekanisme yang terbaik untuk buat yang lebih baik kepada parti," ujarnya lagi.

Malah di dalam laman blognya itu, Nik Amalina turut menyentuh tentang betapa beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi seglamor hari ini - sesuatu yang beliau sendiri tidak menyukainya.

"Glamourkah saya? Barangkali boleh dikatakan ‘Ya’ kerana nama saya mula meniti di media realiti mahupun maya. Ia publisiti murahan bagi saya," katanya.

Malah dalam nada sinis, Nik Amalina berkata, "saya yang dikatakan ‘membuka pekung’ parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan."

Dalam hubungan ini, beliau bertanya, berpadanankah dengan asakan yang beliau terima dan adakah ia sesuatu yang adil buat dirinya.

Dan apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan