Tiada Aktiviti Pelancong Tidak Bermoral Di Terenganu: Za'abar

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tidak ada sebarang aktiviti yang melanggar tatasusila dan adab ketimuran seperti berbogel ketika mandi atau berjemur dilakukan pelancong di pusat-pusat tumpuan pelancongan di negeri Terengganu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohamad Adib (BN-Rantau Abang) berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak pernah menerima laporan berhubung perkara itu.

Jelasnya, larangan turut dikenakan kepada pengusaha chalet dan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk tidak sekali-kali menjual minuman keras kepada mereka yang beragama Islam.

Katanya, walaupun sektor pelancongan diiktiraf sebagai sumber ekonomi penting negeri, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti sedemikian.

"Di hampir semua hotel dan chalet, kita bekalkan maklumat etika pemakaian termasuk kepada pelancong asing. Saya kerap juga ke Pulau Redang, tapi tak pernah jumpa pula (pelancong) yang mandi tak berbaju.

"Memang kita menganggap sektor pelancongan menyumbang kepada ekonomi kerajaan negeri namun kita tidak akan bertolak dengan keadaan ini, kita tak akan jadi seperti pulau-pulau di Thailand atau jadi pantai seperti di Bali," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri memantau penjualan arak di kalangan orang Islam di tempat tumpuan pelancongan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini. Syed Azman juga meminta penjelasan sekiranya pelancong diberi taklimat mengenai garis panduan pemakaian dan kesopanan memandangkan beliau mendapat maklumat ada dari kalangan pelancong yang mandi dan berjemur secara berbogel terutamanya di pulau-pulau peranginan.

Syed Azman sebelum itu bertanya mengenai polisi kerajaan negeri untuk membangun sektor pelancongan di Terengganu dan peruntukan untuk beberapa program utama yang dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Za'abar berkata, Terengganu antara negeri tertinggi dipilih sebagai destinasi pelancongan oleh pengunjung dari luar negara dan juga domestik.

Untuk itu, katanya, kerajaan negeri secara berterusan melaksanakan kerja-kerja membina dan menaik taraf kemudahan sedia ada di pusat tumpuan pelancongan seperti menyediakan bekalan air bersih di pulau-pulau, penyediakan jeti yang lebih sempurna.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan bajet yang banyak setiap tahun untuk pembangunan sektor pelancongan di negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan