Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Hutan Simpan Leila

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemui di Hutan Simpan Leila di sini semalam tetapi polis belum dapat mengesahkan sama ada ia mayat lelaki yang hilang di hutan itu sejak 17 hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, keadaan mayat itu yang ditemui dalam keadaaan hampir reput menyebabkan polis sukar mengenal pasti identitinya dan tidak menemui dokumen pengenalan diri.

Katanya, polis tidak dapat mengesahkan sama ada mayat itu adalah Lo Yin San, 72, ahli Kelab Sukan Man Woo yang hilang di hutan itu sejak 6 Disember lepas.

"Bagi mendapatkan pengesahan sampel DNA mayat lelaki itu dan dari ahli keluarga Lo akan dilakukan oleh pihak hospital bagi mengesahkan identiti mayat itu," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membawa keluar mayat tersebut.

Beliau berkata, orang awam menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tersangkut di ranting kayu di tepi sebuah anak sungai di hutan dan kemudian memaklumkan kepada polis pada pukul 3.15 petang.

Katanya, polis bersama bomba hanya berjaya membawa keluar mayat itu pada pukul 5.30 petang disebabkan lokasi mayat itu terletak jauh di dalam hutan iaitu kira-kira 1 kilometer dari jalan raya.

Rosli berkata mayat lelaki itu yang hanya memakai seluar hitam kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan