Malaysia Perlu Pupuk Inovasi: Najib

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif dengan memupuk inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu.

"Inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetetif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, sejak tahun 2000 produk inovatif tinggi muncul seperti iPhone, BlackBerry, Twitter, Facebook dan YouTube, di samping kebangkitan Google yang tidak dapat dibendung lagi, yang menukar cara orang ramai menggunakan media, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Beliau berkata, kewujudan satu model ekonomi baru yang berdasarkan kepada inovasi, kreativiti, dan aktiviti nilai tambah, akan menambah pendapatan perkapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Yang menyokong perkara ini ialah konsep 1Malaysia, atau keperluan untuk menggunakan peluang sepenuhnya daripada keupayaan kreatif seluruh rakyat Malaysia. Sebagaimana yang diiktiraf oleh pakar antarabangsa baru-baru ini,

"1Malaysia amat selesa dengan inovasi. Kemahiran bukan hanya berada dalam satu kebudayaan, ia diagihkan," katanya.

Selaras dengan tahun 2010 yang akan dinobatkan sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi, Perdana Menteri berkata, satu Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dengan sokongan rangkaian kerja pusat kecemerlangan akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Menurut beliau, tujuan MyNIC adalah 'simple' iaitu untuk meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi negara.

"Pada masa yang sama langkah-langkah seperti pengenalan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan memupuk budaya inovasi dalam sektor awam," katanya.

Menurutnya, dengan kemunculan Inovasi Rangkaian kerja 4G hujung tahun depan yang membawa keupayaan jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh Malaysia, ia akan menambah lagi peluang untuk berinovasi.

"Memang jelas, Bank Dunia berkata, peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar boleh turut membawa kaitan kepada peningkatan 1.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan