Bedah Siasat Dapat Mangsa mati Akibat Dijerut

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui terapung di Kolam Tadahan Banjir, Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, semalam menunjukkan dia mati akibat jerutan yang kuat di leher menggunakan tuala 'good morning'.

Bedah siasatan menyeluruh dari pukul 10.30 pagi hingga 3 petang itu masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang berkulit gelap dengan ketinggian 1.2 meter serta bertubuh gempal itu dan polis menunggu laporan kimia bagi ujian gigi dan cap jarinya.

Semasa mayat ditemui, mangsa yang berumur lingkungan 12 tahun dan berambut pendek hanya memakai baju tidur tanpa lengan berwarna bintik-bintik biru dan terdapat patung beruang.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk membabitkan unsur jenayah seksual.

"Tiada kecederaan lain pada tubuh badan mangsa hanya kesan lebam di leher akibat jerutan kuat. Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang ke dalam kolam tadahan itu berikutan tiada sebarang bahan bukti lain ditemui di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zakaria berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam kes itu adalah orang yang dikenali atau anggota keluarga mangsa.

"Kita akan segera dapatkan identiti mangsa kerana ia penting untuk polis selesaikan siasatan kes ini dan kita harap mangsa sudah memiliki kad pengenalan," katanya.

Beliau berkata kes itu akan disiasat berasingan dan tidak dikaitkan dengan sebarang kes sebelum ini yang membabitkan kanak-kanak hilang dan dibunuh.

Mengenai kesan suntikan BCG yang terdapat pada lengan mangsa, Zakaria berkata polis tidak dapat memastikan secara mutlak sama ada mangsa adalah rakyat tempatan atau warganegara asing.

Polis meminta sesiapa yang kehilangan anak, saudara atau anggota keluarga perempuan agar menghubungi pegawai penyiasat ASP Che Aziz Che Md di polis Sentul di talian 012-9280024 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan