TEKUN Mula Kutip Hutang Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Mulai tahun depan, Kelab Komuniti TEKUN Nasional (TEKUN) akan ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen untuk memungut hutang lapuk berjumlah RM137 juta daripada 39,576 peminjam tegar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, penubuhan kelab itu juga bertujuan memantau serta membantu usahawan-usahawan yang mendapat pinjaman TEKUN.

"Bila kerajaan bermurah hati, rakyat salah faham. Mereka ingat ini duit kerajaan, tak perlu bayar. Percuma sahaja, bila kerajaan kenakan syarat penjamin, mereka marah kerajaan.

"Menyusahkan rakyat kerana nak mencari penjamin dan cagaran. Sampai disenaraihitamkan pun kita beri. Kita kena tangani persepsi salah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Program Usahawan Tani Muda Jaya di Tapak Ekspo Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai usahawan-usahawan terbabit yang liat membayar balik hutang yang sebelum ini dilaporkan menyebabkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) dana itu mencecah lebih 25 peratus.

Rekod kementerian menunjukkan terdapat sebanyak 153,000 peminjam TEKUN. Secara purata, 40 peratus daripada jumlah penghutang berhutang sebanyak RM137 juta sejak tahun lepas. Setakat ini, hanya RM22 juta berjaya dikutip daripada RM137 juta itu.

Menurut Noh, buat masa ini, sebanyak tiga pegawai TEKUN di sesebuah kawasan Parlimen perlu memantau kira-kira 400 peminjam TEKUN.

Sehubungan itu, katanya, kementerian ingin merombak semula mekanisme pemantauan tersebut kerana pegawai terbabit bukan sahaja memproses permohonan pinjaman bahkan mengutip hutang.

Dalam perkembangan sama, Noh memberitahu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang liat membayar hutang.

"Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya berbincang dengan Bank Negara dan syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) untuk menyenaraihitamkan mereka. Nak saman di mahkamah tak boleh kerana tiada penjamin dan pencagar," katanya.

Bagaimanapun, tambah beliau, surat-surat tuntutan peguam tetap akan dihantar kepada mereka.

Sementara itu, Noh memberitahu, kementerian akan mewajibkan peminjam-peminjam baru mengikuti kursus termasuk kursus keagamaan selama dua hari sebelum pinjaman diberikan.

Mengenai garis panduan ternakan burung walit, Noh berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet setelah mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan).

Dalam perkembangan lain, mengenai program Usahawan Tani Muda Jaya pula, beliau memberitahu, bilangan peserta akan ditambah 100 orang menjadikannya 200 orang pada pada tahun depan.

"Bila siswazah berkursus, kementerian akan memastikan mereka mendapat projek serta bantuan dan bukan dapat sijil penyertaan semata-mata.

"Misalnya, mereka yang berkursus perikanan akan diberikan modal dan bantuan untuk menjalankan penternakan ikan," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan