Rosli Allani Letak Semua Jawatan Dalam Pas

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sehari selepas diperintahkan oleh mahkamah supaya tinggal berasingan dengan isteri keduanya kerana perkahwinan mereka diragui, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir hari ini mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Rosli Allani, 35, bekas pegawai khas Anggota Exco Kanan Kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, yang pernah mendesak supaya menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, juga mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya yang lain dalam parti itu tetapi akan terus menjadi anggota Pas.

"Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta," katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam masa terdekat.

Semalam, Rosli Allani diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Nor, 30, kerana perkahwinan mereka diragui memandangkan ia menggunakan khidmat satu sindiket di Subang, Selangor pada Disember tahun lepas.

Dalam pada itu beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pemuda Pas Kelanatan, Abdul Latiff Abdul Rahman, berhubung hasratnya itu.

Beliau juga meminta akhbar yang menyiarkan berita mengenai masalah peribadi beliau supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan.

Rosli Allani berkata beliau belum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjayanya sebagai doktor perubatan atau menceburi bidang lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan