Plus: Pengguna Diminta Patuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Atasi Kesesakan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: ngguna lebuh raya yang ingin pulang ke embah Klang Ahad ini iaitu selepas cuti perayaan hari Krismas diminta mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan yang selesa, selamat dan lancar.

Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad(PLUS) Noorizah Abdul Hamid berkata TTA yang dikeluarkan PLUS pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina tahun ini berjaya mengurangkan kesesakan dan membantu melancarkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kami menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke Lembah Klang pada 27 Dis ini supaya mematuhi jadual yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

TTA yang dicadangkan untuk ke Lembah Klang bagi pengguna dari Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 1 tengah hari, Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh (Perak) adalah di antara pukul 3 dan 6 petang, Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim (Perak) iaitu sebelum pukul 10 pagi dan di antara 8 dan 11 malam.

Bagi perjalanan dari Selatan iaitu Johor, waktu yang dicadangkan ialah sebelum pukul 1 tengah hari, Simpang Ampat dan Ayer Keroh (di antara 3 dan 6 petang), Seremban, Port Dickson dan Senawang iaitu pukul 10 pagi dan di antara 8 dan 11 malam serta bagi semua perjalanan, masa yang dicadangkan ialah selepas 11 malam.

Menurut Noorizah, bagi perjalanan yang tidak disenaraikan, kenderaan berat dan kenderaan komersil adalah tidak tertakluk dengan TTA yang dinyatakan.

"Cadangan Waktu Perjalanan ini disediakan oleh PLUS untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan membantu mengagih dan melancarkan pergerakan trafik di lebuh raya pada hari-hari puncak," katanya.

Noorizah berkata Jadual perjalanan ini adalah berdasarkan kajian PLUS tentang pola perjalanan orang ramai di lebuh raya pada musim perayaan sejak beberapa tahun lepas.

Ia terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan