NGO Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan - Rosmah - Berita Semasa | mStar

NGO Perlu Kerjasama Dengan Kerajaan - Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan.

Menurut beliau, semua NGO sepatutnya tidak bertelingkah sesama sendiri dan perlu lebih peka terhadap perkara-perkara yang lebih penting seperti isu perubahan cuaca.

“Mereka juga tidak seharusnya memperbesarkan masalah-masalah kecil yang berlaku di antara mereka,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menyaksikan Program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan Kepada NGO di sini hari ini.

Menerusi program itu, dana bantuan khas Perbendaharaan sebanyak RM1.78 juta diagihkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada 10 NGO di seluruh negara.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut telah diperakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk membiayai pelbagai program utama di bawah kementeriannya.

Menurut Rosmah lagi, golongan wanita di negara ini amat bertuah kerana mereka mendapat perhatian dan diberi keutamaan dalam pelbagai aspek jika dibandingkan dengan golongan yang sama di negara-negara lain.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan