Memang Polis Siasat Dua Enjin Hilang - Musa Hassan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan mengenai kehilangan sebuah lagi enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Malah beliau berkata, pihaknya sememangnya menjalankan siasatan berhubung kehilangan kedua-dua enjin tersebut yang masing-masing berharga RM50 juta.

"Ia bukan perkara baru, memang selama ini kita siasat kehilangan bagi kedua-dua enjin itu.

"Bukan bermakna ada lagi kehilangan, memang kita dapat laporan mengenai kehilangan kedua-duanya... siasatan kita pun berdasarkan dua laporan polis berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.

Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.

Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

Sementara diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan yang tidak lengkap, beliau berkata pihaknya akur dengan perkara tersebut.

"Tak apalah, arahan supaya kita kemaskan siastan, kita akan kemaskanlah.

"Ia bukan satu masalah kepada polis, kita akan lakukan yang terbaik," katanya.

Sabtu lalu media melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur berkenaan bersama dokumen mengandungi butiran penyenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan