Media Malaysia Lapor Isu Malaysia-Indonesia Dengan Baik

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun segelintir pihak cuba mensensasikan beberapa isu yang timbul antara Malaysia dan Indonesia, media di negara ini tetap melaporkan isu-isu berkenaan dengan baik.

Timbalan Menteri Luar, A Kohillan Pillay berkata, media Malaysia tidak mengikut rentak media Indonesia dalam melaporkan isu-isu kecil seperti tarian Pendet.

"Syabas media Malaysia sebab main muziknya dengan baik jika dibandingkan dengan media Indonesia," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini bagi menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin mengenai sama ada kerajaan berhasrat mewujudkan jawatankuasa khas dari kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

Kohillan berkata, kedua-dua negara telah menubuhkan Kelompok Tokoh-tokoh Kenamaan (EPG) pada tahun lepas, selain kunjungan pemimpin ke negara itu bagi mengeratkan hubungan.

Bagaimanapun katanya selain usaha-usaha berkenaan, media tetap memainkan peranan penting bagi meredakan masalah berkenaan.

Menjawab soalan Senator Abdul Rahman Bakar mengenai usaha terkini kerajaan bagi menyemarakkan keakraban dan setia kawan antara Malaysia dan Indonesia, Kohillan berkata kementerian itu akan meneruskan formula terbaik bagi mencari alternatif dan strategi yang berkesan.

"Dalam hal ini saluran rasmi diplomasi seperti rundingan tahunan, mesyuarat Suruhanjaya Bersama, mesyuarat Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama digunakan untuk mencari penyelesaian tuntas bagi setiap isu," katanya.

Kohillan berkata kementerian juga bekerjasama dengan pejabat perwakilan Malaysia di Indonesia dan badan bukan kerajaan untuk mengadakan program sosial dan budaya serta mengambil maklum pandangan dan cadangan menteri-menteri, tokoh-tokoh terkemuka dan anggota Parlimen.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan