Mangsa Banjir Di Rantau Panjang Kekal 440 Orang

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan mangsa banjir yang dipindahkan hanya di Rantau Panjang.

Sehingga pukul 8.30 pagi ini, seramai 440 orang daripada 117 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan di daerah itu iaitu di Stesen Keretapi Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaaan Gual Tinggi.

Jurucakap Bilik Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu 9.72 meter.

Paras bahaya sungai itu ialah 9 meter.

"Paras air tersebut semakin menurun berbanding 10 meter yang dicatat semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hanya satu jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di KM11 Kampung Kubang Rambutan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan