Isu Pengerusi BN Pulau Pinang: Umno Mahu Bawa Ke Dewan Tertinggi

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertegas mempertahankan cadangan supaya parti itu mengambil alih teraju Barisan Nasional (BN) negeri itu daripada Gerakan.

Katanya, beliau akan menggunakan saluran lain termasuk mengemukakan cadangan berkenaan ke peringkat Dewan Tertinggi BN.

"Saya akan bawa ke peringkat Dewan Tertinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini gesaan Umno Pulau Pinang itu selepas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan supaya semua pihak berhenti berdebat mengenainya.

Malah beliau turut diarahkan supaya tidak bercakap mengenai itu lagi.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, beliau berkeras mahu membawa isu berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia merupakan keputusan Umno negeri supaya Pengerusi BN negeri menjalankan tugas dengan sepatutnya.

"Itu adalah keputusan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan saya hanya sebagai posmen yang menyampaikan hasrat itu sahaja.

"Bagi saya asalkan Pengerusi BN negeri menjalankan kerja-kerja sebagaimana diharapkan oleh parti komponen, dan akar umbi itu adalah yang terbaik," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan