Hampir 99 Peratus Kes Kematian Banduan Akibat Masalah Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 99 peratus daripada 2,587 penghuni penjara meninggal dunia di hospital akibat masalah kesihatan dari tahun 2000 hingga 23 November lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Memetik perangkaan Jabatan Penjara, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 2,555 kes kematian banduan berlaku di hospital ketika mereka menjalani rawatan terutamanya penyakit HIV.

"Penyebab kematian lain ialah penyakit septicaemia, tibi, kanser, sakit jantung, masalah darah serta asma," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengenai bilangan dan punca kematian banduan penjara sejak tahun 2000.

Hishammuddin berkata hanya 32 kes atau 1.2 peratus kematian di kalangan penghuni penjara berlaku dalam penjara.

Hasil siasatan dan bedah siasat bagi kematian penghuni dalam penjara mendapati 31 orang membunuh diri dengan mengantung diri manakala satu kes akibat terkena kejutan elektrik, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan