Had Usia Bas Sekolah Dilanjut Sehingga 30 tahun - Berita Semasa | mStar

Had Usia Bas Sekolah Dilanjut Sehingga 30 tahun

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bersetuju melanjutkan had usia kenderaan bas sekolah daripada 20 tahun kepada 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Pengerusi LPKP Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata berikutan itu, LPKP mewajibkan pengusaha bas sekolah sentiasa melakukan pemeriksaan kenderaan secara berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan keadaan fizikal bas adalah baik dan menjamin keselamatan penumpang.

"Pelanjutan had usia ini diharap dapat memberi peluang kepada pengusaha bas yang mempunyai kenderaan berusia lebih dari 20 tahun untuk terus beroperasi dan memastikan perkhidmatan kepada pelajar sekolah dapat disediakan.

"Ia juga dapat membantu pengusaha bas sekolah mendapatkan pulangan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun penetapan had usia itu tertakluk kepada kelulusan Puspakom. Selain itu, bagi permohonan lesen baru dan ganti kenderaan, had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 20 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan, katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan