Mara Perlu Idea Bekas Pelajar Tajaan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara)kembali dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, setakat ini terdapat kira-kira 292,109 pelajar tajaan agensi itu berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

“Terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar. Kalau digunakan secara sepenuhnya, ia dapat memberikan pulangan yang lumayan.

"Bukan setakat untuk mendapatkan idea atau pandangan tetapi jika ada networking seperti ini, mungkin sebagai bekas pelajar, khususnya di institusi pengajian yang bertaraf tinggi, mereka boleh membantu menambah baik prasarana selain menentukan generasi akan datang mendapat tempat di institusi sama," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghargaan Sempena Anugerah Kualiti dan Inovasi Mara 2009 di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohd Shafie mahu Mara sentiasa mendampingi para pelajar tajaannya bagi mewujudkan jaringan kerjasama dalam usaha menambahbaik badan berkenaan.

Lebih penting, jelasnya, Mara perlu memastikan para pelajar yang dihasilnya mempunyai kualiti dan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara, katanya.

Untuk itu, tambah beliau, agensi berkenaan akan mengadakan program pertemuan dengan pelajar dan bekas pelajar tajaannya dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas selain memulakan usaha jaringan antara badan itu dengan pelajar-pelajar tajaannya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan