Malaysia Peneraju Penggunaan Satelit Dekat Khatulistiwa

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia bakal menjadi peneraju dalam melancarkan dan mengendali satelit di rantau Orbit Berdekatan Khatulistiwa (NEqO).

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, dengan kejayaan pelancaran satelit RazakSAT, negara-negara lain seperti Afrika Selatan, Algeria, Nigeria dan Brazil telah menyuarakan hasrat untuk melancarkan satelit masing-masing di kawasan berhampiran orbit NEqO.

"Berdasarkan pengalaman pelancaran dan pengoperasian satelit di orbit NEqO, Malaysia telah dicadangkan untuk menjadi peneraju kerjasama tersebut dalam perbincangan antarabangsa baru-baru ini. Mesyuarat ini akan diadakan pada tahun depan," katanya kepada pemberita pada satu jamuan penghargaan bagi anggota jawatankuasa khas RazakSAT di sini hari ini.

RazakSAT yang dilancarkan dari kepulauan Omelek di Kwajalein Atoll pada Julai lepas digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan kementerian berkenaan dan juga agensi-agensi lain serta untuk kegunaan agensi antarabangsa berdasarkan kes-kes tertentu.

Ongkili berkata kerajaan sedang merancang membangunkan RazakSAT 2 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

"Kita akan gunakan pengalaman yang sedia ada untuk membangunkan RazakSAT 2 bermula tahun 2011. Daripada segi kos, ia bergantung kepada saiz satelit, kita fikir ia tidaklah mahal kerana kita telah membangunkan modal insan yang berpengalaman daripada pembangunan satelit RazakSAT 1," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan