Kerajaan Belum Cadang Jadikan Program Bekerja Di Rumah Sebagai Dasar

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada hendak menjadikan program bekerja dari rumah sebagai satu dasar, .

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, beliau ingin melihat terlebih dahulu program bekerja dari rumah, yang kini dilaksanakan sebagai projek perintis yang membabitkan kakitangan Kementerian Kerja Raya, menunjukkan hasil kerja yang lebih baik berbanding bekerja di pejabat.

"Kedua, boleh memberi faedah kepada mereka, maknanya menjimatkan perbelanjaan mereka dari segi berulang-alik dari tempat kerja dan juga boleh membantu dari segi kesejahteraan keluarga.

"Ini merupakan pilot project dan kita belum buat apa-apa keputusan sama ada kita hendak jadikan ini satu dasar tetapi kita mesti cuba dahulu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia Keenam, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan bercadang untuk memperluaskan program tersebut kepada kementerian lain.

Bulan lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor mengumumkan tentang program tersebut yang akan melibatkan 39 pelukis plan dan individu terpilih untuk melalui tempoh percubaan selama tiga bulan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan