Keputusan Ubah Kalendar Akademik Minggu Depan

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Keputusan sama ada kerajaan akan menganjak kalendar akademik di negara ini bagi membolehkan lebih ramai pelajar asing melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan akan diketahui pada mesyuarat di antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran minggu depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kalendar akademik negara yang tidak selari dengan peringkat antarabangasa pada ketika ini menyukarkan usaha kerajaan mempromosikan peluang pendidikan tinggi tempatan.

"Sekarang ini, antara masalah yang timbul ialah apabila pelajar luar negara mendapat keputusan peperiksaan mereka, kita sudahpun memulakan program pengajian... kalendar kita tak selari dengan kalendar akademik dunia.

"Kalau dapat dianjak, ia sudah pasti membolehkan pelajar antarabangsa memohon memasuki universiti negara kita.

"Bagi tujuan ini, kita sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran bagi melihat bagaimana kita boleh anjakkan waktu kalendar akademik dalam negara supaya kita dapat menentukan matlamat dalam hal ini," katanya pada majlis prapelancaran Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 Bersama Media, di sini hari ini.

Selain itu kata Mohamed Khaled, anjakan kalendar akademik itu juga akan memudahkan kementerian melaksanakan program pengantarabangsaan dengan menganjurkan program mobiliti pelajar pada peringkat antarabangsa.

Menurutnya kementerian komited untuk memperluaskan program mobiliti berkenaan bagi melahirkan graduan berketerampilan yang mampu bersaing di pasaran tenaga kerja.

"Satu lagi masalah apabila kalendar akademik kita tidak selari ialah apabila musim cuti di universiti kita tidak sama dengan musim cuti universiti luar negara.

"Kita akan menghadapi masalah apabila kita mahu laksanakan program mobiliti pelajar dan tenaga akademik di peringkat antarabangsa.

"Sekarang sesi pembukaan pengajian tinggi di sini ialah pada Julai sedangkan kebanyakan universiti luar negara bermula sekitar Ogos dan September," katanya.

Bagaimanapun tambahnya, sebarang perubahan tersebut bergantung kepada mesyuarat peringkat akhir kedua-dua kementerian berkenaan.

Jelas beliau, penelitian terpeinci perlu dibuat kerana sebarang perubahan akan memberikan kesan kepada kalendar akademik terutamanya di peringkat sekolah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan