V-Team Teruskan Kesinambungan Kerja Sukarela Pelatih PLKN

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Alumni Program Latihan Khidmat Negara (KAPLKN) hari ini melancarkan unit Volunteering Team (V-TEAM) yang berperanan meneruskan kesinambungan kerja-kerja sukarela pelatih PLKN.

Presidennya, Mohd Firdaus Md Alip berkata, V-TEAM akan berfungsi sebagai sebuah unit yang memfokuskan terhadap penganjuran aktiviti kesukarelaan, program kemasyarakatan dan khidmat komuniti.

"Sebagai projek perintis, V-Team yang mempunyai keahlian 40 orang akan hanya bergiat di peringkat pusat (Kuala Lumpur) sebelum dikembangkan ke tempat lain menjelang pertengahan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kali ke-3 dan pelancaran V-Team KAPLKN di sini, hari ini oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Mohd Firdaus berkata, sebagai permulaan seramai 40 orang ahli V-Team akan menyertai kursus asas bantuan kecemasan yang akan dikendalikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selama sembilan hari tidak lama lagi.

Katanya, ini bagi mendedahkan ahli kepada teknik-teknik dan kaedah yang betul bagaimana untuk memberikan bantuan sekiranya mereka diminta membantu ketika berlakunya bencana seperti banjir.

Beliau berkata, keahlian V-Team dibuka kepada semua bekas pelatih PLKN yang menyertai alumni PLKN, dengan dikenakan sedikit bayaran yuran pendaftaran.

Untuk rekod, sejak ditubuhkan pada Jun 2006, kelab alumni PLKN kini mempunyai sejumlah 10,803 orang ahli dan usaha terus dipergiatkan bagi menambah komposisi keahlian untuk memberikan impak yang lebih positif terhadap sebarang kerja sukarela yang dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan