Usaha Tingkat Kemahiran Penunggang Motosikal Diperhebat

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mengadakan lebih banyak program meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan motosikal agar penunggang dan pembonceng lebih bersedia menghadapi detik cemas semasa di jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, usaha perlu dilakukan agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan jika berdepan dengan sebarang masalah dalam perjalanan mereka.

"Ini merupakan usaha berterusan terhadap perubahan minda untuk membudayakan aspek keselamatan jalan raya (kerana ia) bukan boleh ditukar semalaman, kita juga memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakannya," katanya kepada pemberita pada Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motosikal di sini hari ini.

Suret yang juga Pengerusi Keselamatan Jalan Raya Asean berkata, program itu akan dijadikan model dan akan dibawa ke peringkat negara-negara Asean lain.

Katanya, program itu turut mendapat sokongan Road Safety Marshal Club (RSMC) yang akan bertanggungjawab menyediakan latihan sama ada kepada jurulatih sekolah memandu mahupun kelab-kelab motosikal mengenai aspek ikhtiar hidup penunggang motorsikal sebagai nilai tambah dalam aktiviti mereka.

Terdahulu, ketika melancarkannya, Suret berkata melalui program berkenaan, para penunggang motosikal terutamanya yang baru mendapat lesen L akan didedahkan dengan latihan yang lebih komprehensif sebelum diberikan lesen penuh.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial, K.Selvarajah berkata, kira-kira 19,000 daripada sejumlah 40,916 tuntutan di bawah Skim Insuran Bencana Pekerjaan Perkeso bagi sembilan bulan pertama tahun ini membabitkan Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus daripadanya merupakan tuntutan Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan oleh para penunggang motosikal.

"Dalam tempoh sama, 90 peratus daripada kira-kira 18,187 tuntutan Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan ini dibuat oleh penunggang motosikal. Jadi kita mahu kalau dapat untuk mengurangkan tuntutan ini supaya bayaran faedah dapat dikurangkan," katanya.

Beliau berkata, tahun lepas sahaja Perkeso membayar kira-kira RM1.18 bilion dalam bentuk faedah kepada pencarum. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan