Selangor Ria 09 Sasar RM2 Juta Pendapatan

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor yakin mampu meraih pendapatan keseluruhan sehingga RM2 juta dengan menganjurkan program 'Selangor Ria 09' bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri itu pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lebih 300,000 pengunjung juga dijangka akan menghadiri program yang dijalankan sejak semalam sehingga 27 Disember ini yang menyediakan kira-kira 300 gerai untuk dikunjungi.

"Kita yakin pada tahun ini pendapatan akan lebih memberangsangkan memandangkan peningkatan dari segi penyertaan jenis barangan yang dijual dan pembungkusan yang lebih baik dan menarik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Selangor di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Shah Alam di sini hari ini.

Beliau berkata, pada tahun lepas kira-kira RM1.5 juta pendapatan dicatatkan sepanjang berlangsungnya program berkenaan.

Katanya, antara produk yang dijual ialah hasil pertanian, ternakan dan laut yang segar dan siap diproses dalam pelbagai jenis pilihan termasuk produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga akan meningkatkan mutu hasil pertanian di negeri itu dengan memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam bidang itu bukan lagi berdasarkan pengeluaran tetapi pendapatan para pengusaha disasarkan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

"Sambutan yang diberikan terhadap program ini sangat menggalakkan kerana pada tahun lepas sahaja ia menarik lebih 300,000 pengunjung, justeru saya yakin bidang pertanian mampu menjadi sumber ekonomi kepada mereka yang mahu menyertainya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan 650 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Kuala Selangor dekat sini yang keluar dari parti itu dan menyertai Barisan Nasional semalam, Abdul Khalid berkata, perkara itu memang telah dijangkakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tindakan itu memudahkan pihaknya untuk membuat perancangan dengan anggota parti di kawasan berkenaan.

"Bagus kerana mereka sudah tunjuk belang dan kita suka, sebab mereka sendiri yang keluar dari PKR, kita berharap mereka yang ingin keluar parti lebih baik keluar sekarang supaya kita tidak salah pilih wakil rakyat nanti," katanya.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan yang menyatakan sebagai ADUN kawasan berkenaan beliau jarang turun padang dan tidak mengotakan janjinya selepas memenangi kerusi DUN Ijok pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan