Najib: Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang Akan Dirunding Semua Pihak

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, apa jua keputusan berhubung tuntutan Umno Pulau Pinang yang mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri akan dibuat melalui rundingan dengan semua pihak.

Beliau yang juga Pengerusi BN bagaimanapun menyifatkan perkara tersebut baru berada di peringkat cadangan.

"Itu merupakan pandangan, tapi keputusannya ialah atas semangat BN dan saya sebagai Pengerusi BN, kalau nak buat apa-apa keputusan kita berunding dengan semua pihak dulu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) Kebangsaan 2009 di padang kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuntutan Umno Pulau Pinang supaya jawatan Pengerusi BN negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di negeri berkenaan.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Umno negeri itu yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.

Jawatan tertinggi BN di Pulau Pinang secara tradisi disandang pemimpin Gerakan dan ketika ini diterajui Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Ditanya sama ada Ahmad Zahid sudah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepadanya, Najib berkata: "Tak apalah... itu peringkat beri pandangan, tapi keputusannya kita akan buat atas semangat pemuafakan BN."

Dalam perkembangan lain, Najib turut mengulas mengenai kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, bernilai kira-kira RM50 juta, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius mengenai perkara tersebut dan akan mengambil tindakan kepada pihak yang didapati bersalah.

"Ia masih diperingkat siasatan, biarlah polis siasat untuk kenal pasti siapa yang salah," katanya.

Ditanya sama ada kehilangan enjin berkenaan akan menjejaskan imej TUDM, Najib berkata: "Ia berlaku dan kita siasat, pihak bersalah kita akan ambil tindakanlah."

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan