Masalah Dalaman PKR Sabah Selesai - Anwar Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hari ini bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.

Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.

"Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di sini.

Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.

Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Oktober, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.

Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.

Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Dis, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung.

Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya - bekerja sebagai satu pasukan.

"Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia...Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan," kata Anwar.

Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan