Kesaksamaan Belum Tentu Akan Memberikan Keadilan - Khaled Nordin

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gagasan 1Malaysia khususnya dari segi pendidikan lebih sesuai dilaksanakan menerusi konsep perimbangan berbanding kesaksamaan atau meritokrasi.

Sambil menyebut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai contoh konsep perimbangan yang beliau maksudkan itu, Mohamed Khaled menegaskan, dengan cara ini, ia telah memberi peluang lebih ramai lagi kaum Bumiputera mendapat pengajian tinggi untuk mengubah taraf sosio-ekonomi mereka.

Beliau menambah, rasa tidak puas hati yang timbul di kalangan kaum lain berhubung konsep perimbangan ini mungkin disebabkan tiadanya kefahaman yang jelas.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Siswa/Siswi FELDA 2009 sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 2009 di kampus induk UiTM di sini, Jumaat.

Beliau menjelaskan, jika tanpa konsep perimbangan ini, mungkin 5,000 penuntut daripada 8,000 anak-anak FELDA di institusi pengajian tinggi tempatan akan terus berada di tanah rancangan sedangkan mereka mempunyai potensi untuk dididik sebagai modal insan yang berkebolehan untuk menyumbang kepada kejayaan negara.

Di bawah konsep 1Malaysia, Mohamed Khaled berkata, perbezaan budaya dan agama di antara kaum-kaum di Malaysia perlulah diiktiraf tetapi pada masa yang sama janganlah sehingga perbezaan itu merosakkan atau menghalang perpaduan.

“Sebab itulah sebagai orang Melayu kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain. Kita perlu mempunyai kekuatan dan kekuatan yang ada berasaskan kepada ilmu yang kita berpeluang dapatkan pada hari ini,” tegas beliau.

Dalam soal 1Malaysia dan hubungan kaum, beliau berkata, ada pihak yang menyatakan hubungan itu perlu berasaskan kepada kesaksamaan tiga kaum (Melayu dan Bumiputera, Cina dan India) khususnya dari segi tuntutan dan harapan tetapi beliau mengingatkan kesaksamaan belum tentu akan memberikan keadilan.

“Kalau kita ikut hukum Faraid (pembahagian harta) agama Islam , anak lelaki tidak akan dapat sama dengan anak perempuan. Anak perempuan dapat kurang daripada anak lelaki, tetapi Islam itu adil kerana anak perempuan kalau dapat Faraid itu hak dia seorang (mutlak) tetapi kalau anak lelaki dapat, dia kena bagi ibunya, isterinya dan anak-anaknya juga,” jelas Khaled lagi.

Malah katanya, orang Melayu dan Bumiputera diberi peluang lebih untuk mendapat pengajian tinggi atas faktor sejarah dan peratusan majoriti kumpulan ini di dalam jumlah penduduk negara.

“Setiap tahun kita mempunyai 30,000 tempat (universiti) dan setiap tahun orang Melayu yang mohon lebih daripada 40,000, sementara kaum Tionghua 10,000, India dalam tujuh ke lapan ribu dan selebihnya kaum-kaum lain.

"Kalau nak bagi saksama seorang (satu kaum) mendapat 10,000 maka orang Melayu akan mendapat kurang tempat berbanding dengan kaum lain kerana mereka adalah kaum majoriti di Malaysia.

“Maka adil ke tak adil? Tentu tidak adil, maka sebab itulah hubungan kesaksamaan itu tidak boleh dijayakan dalam konteks negara berbilang kaum seperti Malaysia kerana asasnya berbeza," ujar Khaled.

Beliau juga menjelaskan, ada juga yang kata hubungan itu perlu berasaskan kepada soal pasaran bebas yang mana ukuran siapa patut mendapat tempat atau peluang mesti berasaskan kepada kecemerlangan.

Tetapi, tambah beliau, haruslah diingat, dalam era globalisasi jika sesebuah negara itu tidak bersedia atau berkemampuan dan tidak membuat sebarang persiapan ia akan gagal dalam persaingan.

Mohamed Khaled berkata begitu juga dalam sesebuah negara, jika mereka yang miskin tidak dibantu tetapi dipaksa bersaing dengan orang yang berada dan berkemampuan sudah tentulah mereka akan kalah serta tidak mendapat peluang dan tempat langsung.

“Harus diingat soal pasaran terbuka (meritokrasi) telah kita gunakan sebelum tahun 1969 dan akibatnya ramai yang berasa tidak puas hati,” katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan