Kerajaan Tidak Tarik Subsidi Gula

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kerajaan tidak akan menarik sepenuhnya subsidi gula dalam masa terdekat bagi mengelak bebanan ditanggung rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tanpa subsidi, gula yang dijual pada harga RM1.45 sekilogram pada masa ini akan meningkat kepada sekitar RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram mengikut harga pasaran dunia.

"Buat masa sekarang, kerajaan tidak akan atau belum bercadang untuk menarik balik subsidi gula di mana 70 peratus gula dibeli dengan harga lama, manakala 30 peratus lagi harga semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR dan bantuan persekolahan Parlimen Bera di sini, hari ini.

Kerajaan katanya terpaksa membelanja lebih RM1 bilion setahun bagi mengimport gula termasuk dari Thailand, Australia dan Brazil bagi menampung keperluan gula tempatan.

Katanya kilang gula di Perlis pula tidak mampu menampung permintaan pengguna yang terlalu banyak.

Ismail Sabri berkata rakyat seharusnya mengawal pengambilan gula bagi mengelak pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis.

Katanya mengikut bancian Kementerian Kesihatan, dianggarkan 1.2 juta rakyat di negara ini akan mengidap penyakit diabates menjelang tahun 2011 dan ia dijangka meningkat kepada 2.6 juta orang menjelang tahun 2030, jika penggunaan gula tidak dikurangkan mulai sekarang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan