Kementerian Pertahanan Timbang Beli Kapal Keluaran Tempatan

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kementerian Pertahanan sedang menimbang untuk membeli kapal kelas sederhana dan kecil keluaran syarikat tempatan dengan menggunakan kaedah pakej pembelian yang tidak akan membebankan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Katanya meskipun menyedari masalah kelembapan ekonomi global ketika ini, pemilikan aset baru itu mungkin boleh dilakukan menerusi beberapa kaedah pembelian yang terancang.

"Sudah tiba masanya untuk kementerian ini terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat faedah daripada industri perkapalan tempatan meskipun terdapat kekangan dalam peraturan dan pakej kewangan yang menjadi halangan utama untuk kita membeli produk tempatan kita sendiri.

"Ada beberapa pendekatan relevan boleh digunakan bagi membeli kapal yang dikeluarkan NGV Tech contohnya untuk dijadikan aset baru kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat limbungan kapal NGV Tech di Kampung Sinjangkang, Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata antara pendekatan itu adalah dengan menggunakan 'Special Purpose Vehicle' (SPV) untuk membiayai pembelian aset tersebut selain Kementerian Pertahanan dan TLDM membayar menggunakan perbelanjaan operasi.

Katanya pendekatan itu banyak digunakan di Eropah dan Pasifik dan jika pembelian tersebut dapat dilakukan maka secara tidak langsung industri perkapalan tempatan dapat berkembang dengan luas lagi.

Ahmad Zahid berkata pemilihan untuk membeli kapal tempatan juga lebih fleksibel kerana apa jua spesifikasi yang diperlukan boleh dibekalkan dan lebih difahami.

"Produk yang dikeluarkan oleh NGV Tech bukan sahaja mengikut piawaian antarabangsa tetapi dari segi kesempurnaan, keupayaan, kehalusan dan kemahiran, ia lebih melepasi piawaian.

"Jika masalah kewangan pula boleh diatasi, bukan hanya kita tetapi agensi penguatkuasaan lain juga boleh mendapatkan kapal tersebut," katanya.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata kerajaan turut menawarkan kawasan seluas 80 hektar di Bagan Datoh kepada NGV Tech untuk dijadikan landasan bagi menghasil dan mengeluarkan kapal. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan