Gerakan Mencari Kanak-Kanak Hilang Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Taman Desa Mesra di sini, petang semalam disambung semula jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, gerakan mencari adik Mohd Adam Abdullah itu membabitkan anggota penyelamat seramai 175 orang yang terdiri daripada anggota polis, bomba, marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta orang ramai.

"Usaha mencari diperluaskan ke kawasan 10 kilometer dari tempat mangsa terjatuh dengan dibantu sembilan penyelam dari TLDM selain menggunakan 11 bot peronda," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga telah memasang beberapa pukat pada tali air berkenaan bagi mengelak mangsa daripada dihanyutkan lebih jauh.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi meninjau operasi mencari di tempat kejadian selain menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu bapa mangsa.

Dalam kejadian 1 petang semalam, Mohd Adam bersama dua kanak-kanak lain berusia empat dan tujuh tahun bermain di atas jambatan kayu tali air berkenaan sebelum mangsa dipercayai terpijak kayu reput dan terjatuh ke dalam tali air itu.

Sementara itu, Tengku Azizah meminta gerakan mencari diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Baginda turut menyarankan agar kerajaan negeri dapat menaiktaraf jambatan kayu yang disifatkannya 'arwah' bagi mengelak kejadian serupa daripada berulang. "Betulkan jambatan yang dah arwah ini, biar ada penghadang jangan buat jambatan macam dulu lagi (yang tiada penghadang)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan