Biar Perdana Menteri Tentukan Pengerusi BN Pulau Pinang - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sama ada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang atau tidak terpulanglah kepada Pengerusi BN, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Koh yang menolak permintaan pemimpin Umno Pulau Pinang supaya jawatan Pengerusi BN negeri itu yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada Umno.

Beliau berkata, Umno Pulau Pinang hanya mengemukakan cadangan tersebut namun kuasa mutlak terletak di tangan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, Umno tidak berniat untuk merampas jawatan terbabit tetapi mahu Pulau Pinang ditadbir dengan baik serta mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN.

"Kita mahu cari kebaikan bukannya perpecahan, jika dengan langkah ini akan memperkuatkan BN, bagi kami ia tidak salah. Kita hanya mahu membantu BN dalam usaha untuk mengambil alih semula negeri itu daripada pembangkang.

"Justeru apa jua keputusan Perdana Menteri nanti kita akan terima dan harap Gerakan juga begitu," katanya.

Beliau berkata cadangan tersebut bukanlah berbentuk peribadi tetapi ia adalah cadangan bersama daripada Perhubungan Umno Pulau Pinang yang telah lama diputuskan tetapi baru dimaklumkan.

"Jangan ambil hati, pengambilalihan ini bukannya rampasan kuasa. Selepas parti itu kalah dalam pilihan raya, mereka seakan tidak aktif, mereka tidak jalankan sebarang program untuk rakyat," katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan Presiden Gerakan itu, beliau berkata: "Tidak payah jumpa, saya jumpa beliau setiap minggu pada mesyuarat kabinet."

Semalam, Ahmad Zahid yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang berkata, permintaan untuk jawatan Pengerusi itu bukan untuk kepentingan mana-mana personaliti tetapi demi parti itu yang telah memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk BN dalam pilihan raya umum lepas.

Ahmad Zahid berharap hasrat Umno Pulau Pinang untuk mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri akan dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan