Banjir Di Kelantan Babitkan 203 Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 203 mangsa banjir kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara membabitkan jajahan Kuala Krai seramai 111 orang dan bakinya di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Jurucakap bilik gerakan banjir jajahan berkata sehingga pukul 7 petang ini, mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai membabitkan 23 lelaki, 30 wanita dan 58 kanak-kanak.

"Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil seramai 62 orang dan di pejabat Haiwan Kuala Krai seramai 49 mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata di Pasir Mas, seramai 92 mangsa masih dipindahkan, membabitkan 40 keluarga di satu pusat pemindahan banjir, Stesen Keretapi Rantau Panjang, iaitu 36 lelaki, 26 perempuan dan 30 kanak-kanak.

Setakat ini hanyak Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya iaitu 10.10 meter melebihi bahaya 9 meter dan air dilaporkan semakin naik berikutan hujan yang masih belum reda.

Tiada jalan utama yang dlaporkan ditutup kepada kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.

Hujan sesekali lebat dilaporkan masih melanda Kelantan terutama di pedalaman.

Banjir kali ini merupakan kali yang keempat di Kelantan sejak banjir pertama melanda penghujung bulan lalu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan