Umno Mahu Jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Umno mahu jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang pada pilihan raya umum lepas.

"Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini, semalam.

Untuk rekod, jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berharap hasrat Umno Pulau Pinang itu dapat dipertimbangkan oleh pemimpin BN di peringkat pusat.

"Kita berhasrat menjalankan tugas untuk BN dan bekerjasama dengan parti komponen lain bagi mengukuhkan BN, bukannya untuk melaksanakan agenda parti masing-masing.

"Kita yakin bahawa sebagai sebuah parti, adalah mustahil untuk kita menang (pilihanraya) tanpa sokongan parti komponen lain," katanya.

Dr Ahmad Zahid menjelaskan bahawa permintaan itu bukan untuk personaliti tertentu sebaliknya ia adalah untuk parti.

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Selain itu, Dr Ahmad Zahid berkata, Umno Pulau Pinang juga berharap jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tidak diberikan kepada wakil pakatan pembangkang.

"Kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong memperkenankan agar jawatan itu tidak diserahkan kepada wakil pakatan pembangkang, sebaliknya kita mahu ia dipegang oleh pihak lain," katanya.

Ahmad Zahid berkata, rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam waktu terdekat bagi menyuarakan hasrat itu. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan