Tiga Parti Setuju Prinsip Dasar Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Komponen Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP memperkukuhkan gabungan mereka dengan meluluskan empat dasar utama pada konvensyen pertama mereka hari ini.

Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.

Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.

Penasihat PKR yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya menandatangani dokumen permuafakatan tersebut.

"Kita telah mencipta sejarah besar, memulakan politik baru di Malaysia dengan memantapkan cabaran utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan meluluskan satu dasar yang jelas dalam Pakatan Rakyat," katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan di sini hari ini.

Selain itu Anwar juga berkata, kesemua elemen yang terkandung dalam dasar berkenaan tetap berpegang kepada prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita sekadar ulangi prinsip Perlembagaan yang umum, itu kita lakukan dulu dan kemudian kita mantapkan.

"Tapi kenyataannya sekarang ialah adanya perjanjian baru dalam sejarah Malaysia iaitu dengan lahirnya generasi yang telah matang," katanya.

Pada konvensyen hari ini, seramai 18 perwakilan dari ketiga-tiga komponen mengambil bahagian semasa sesi perbahasan.

Perkara utama yang dipersetujui dalam dasar berkenaan ialah Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan Pelembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.

Selain itu, menurut Anwar, Pakatan Rakyat akan tetap melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan kaum-kaum lain di negara ini sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan memartabatkan bahasa Melayu selari dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita ada keyakinan baru, saya minta kawan-kawan saya termasuk orang Melayu supaya faham betul-betul bahawa tidak ada sesiapa yang mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu.

"Tapi dalam masa yang sama, kita harus berani dengan keyakinan baru menerima kenyataan bahawa bahasa Inggeris cukup penting bagi kita.

"Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin sudah kita janjikan kedudukannya, itu yang kita janjikan kepada semua rakyat," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan.

Bagaimanapun Anwar berharap semua komponen parti dapat memberi masa kepada pemimpin dan sekretariat Pakatan Rakyat untuk menyediakan mekanisma pelaksanaan dasar berkenaan.

"Beri kami masa dan biar kami bergerak bagi menentukan mekanismanya, saya rasa tidak ada masalah sama sekali.

"Saya yakin yang kita tak boleh bertolak ansur dengan prinsip fundamental, tindakan kita akan mengambil kira maklum balas orang ramai," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan