SKMM Bakal Tambah Menara Komunikasi Di Sarawak - Berita Semasa | mStar

SKMM Bakal Tambah Menara Komunikasi Di Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menambah pembinaan menara komunikasi di Sarawak bagi membolehkan lebih banyak penduduk luar bandar memanfaatkan kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, langkah itu juga akan membolehkan lebih banyak penghuni rumah panjang dan penempatan lain menggunakan kemudahan dalam talian.

Beliau berkata demikian sekembalinya ke sini malam tadi selepas menyerahkan lapan set komputer daripada suruhanjaya itu kepada tiga rumah panjang Daerah Julau iaitu Rumah Panjang Jana anak Sawing di Batu Matop, Julau, dekat sini.

Terdahulu, Pengarah SKMM Sarawak, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, suruhanjaya berkenaan merancang membina 257 lagi menara komunikasi mulai tahun depan hingga 2013 bagi menyediakan liputan lebih meluas di negeri ini.

"Sebenarnya, kami telah menyediakan peruntukan berjumlah lebih kurang RM500 juta. Sehingga kini, kami telah membina lebih 400 menara di seluruh negeri ini di bawah program penyediaan pusat jalur lebar dan jalur lebar komuniti," katanya. Salang berkata, penduduk luar bandar perlu bergerak seiring dengan kemajuan ICT di negara ini.

"Golongan ini telah ketinggalan dalam banyak bidang lain. Jadi, mereka tidak sepatutnya ketinggalan juga dalam bidang ICT yang boleh mendedahkan mereka kepada dunia dalam setiap aspek, daripada pendidikan dan hiburan hinggalah kepada komunikasi dan sebagainya," kata beliau.

Salang juga menasihatkan penghuni rumah panjang supaya berkongsi kemudahan yang terdapat di pusat Internet mereka dengan jiran masing-masing.

Katanya, cara ini berkesan dalam meluaskan akses ICT kepada lebih banyak penduduk luar bandar. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan