Saya Tidak Akan Letak Jawatan: Mei Fun

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatannya dalam jawatankuasa pusat (CC) parti.

Menurutnya, beliau percaya jika beliau bertindak demikian, ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pemilihan semula yang sedang dirancang oleh beberapa pemimpin MCA.

Malah katanya, beliau juga tidak percaya bahawa penangguhan pemilihan semula MCA adalah disebabkan oleh tindakannya ataupun tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang enggan meletak jawatan.

"Perletakan jawatan saya tidak akan mempercepatkan pemilihan baru dalam parti MCA. Saya tidak akan letak jawatan, sebab saya bukan dipilih sebagai anggota CC, malah saya secara automatik menjadi anggota CC sejurus selepas menjawat jawatan Ketua Wanita MCA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehingga kini, 13 anggota CC sudah menyerahkan surat peletakkan jawatan dalam jawatankuasa itu tanpa bertarikh kepada Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng; antaranya Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng, dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung.

Tindakan letak jawatan itu bertujuan membolehkan pemilihan semula parti diadakan dalam usaha menyelesaikan kemelut kepimpinan dalam parti berkenaan, namun ia memerlukan perletakan jawatan dua pertiga anggota CC atau 21 orang bagi membolehkan satu pemilihan semual diadakan.

Beliau berkata, tindakannya itu hanya sekadar mematuhi apa yang terkandung dalam perlembagaan parti, demi kebaikan MCA.

Sehubungan itu, beliau menasihati anggota-anggota MCA supaya menggunakan kuasa yang ada dengan bijaksana dan bukannya secara membuta-tuli. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan