Perlu Sistem Selaras Pantau Jumlah Ahli Parlimen BN

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semasa Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Disember lalu tidak berulang.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sisteM penyelarasan itu dengan memastikan bilangan Ahli Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding anggota Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.

"Ahli Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anjuran Biro Pembangunan PKS dan Biro Sumber Manusia dan Latihan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Koh berkata, sekiranya sistem penyelarasan itu diwujudkan, maka Ahli Parlimen BN dapat memberitahu kepada anggota BNBBC, seterusnya BNBBC akan melakukan pengiraan dan memastikan jumlah anggota BN melebihi Ahli Parlimen pembangkang.

Sementara itu, Koh berkata, Gerakan tidak menghalang tindakan Naib Presidennya, Huan Cheng Guan keluar parti pada 16 Disember lepas kerana tidak sehaluan dengan dasar parti dan bakal menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada parti Gerakan akan menggantikan Huan yang mengosongkan jawatan Naib Presiden itu dengan orang lain, Koh berkata ia bukanlah satu perkara yang diutamakan sekarang.

Mengenai komen dan cadangan yang diterima daripada orang ramai pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini, Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia akan diambil perhatian serius oleh kerajaan.

Hari Terbuka GTP itu menawarkan peluang terbaik kepada orang ramai untuk memahami mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan kerajaan, kata Koh.

Menurutnya, Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) akan membina sebuah laman web mengenai hasil susulan daripada Hari Terbuka GTP itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan